Wednesday, November 23, 2016

3 Langkah Mudah untuk mendapatkan rawatan daripada kami

Step 1
- Nyatakan Nama dan Alamat
- Nyatakan Rawatan yang diperlukan
- Nyatakan Tarikh/Masa temujanji

Step 2
- Kami akan menghantar quotation  sebagai rujukan anda

Step 3
- SMS/WHATSAPP Confirmation akan dihantar beserta Jumlah Kos rawatan


Tunggu kami datang pada Tarikh dan masa yang ditetapkan.. Terima Kasih 😊 

Wednesday, November 2, 2016

Terapi untuk Hidung Tersumbat

Ini adalah tip melegakan hidung tersumbat (atau hidung berair) dari seseorang yang boleh kita manfaat bersama. Kaedahnya ialah tekan-lepas atau tenyeh titik-titik yang ditunjukkan. 1 minit untuk setiap titik. Boleh dibuat serentak setiap pasang titik.
Menurut beliau, kesesakan hidung yang tersumbat akan `clear' dalam tempoh segera. Kemungkinan rasa sumbat datang kembali, oleh itu ulangi semula urutan berkenaan selepas 10 minit.
Selamat kita mencuba ye...

Thursday, October 20, 2016

Sakit Dada, Sesak Nafas, Sukar Tidur.. Kenali sakit anda




Jantung vs reflux
Perkara pertama dalam mengelakkan kekeliruan dan rasa cemas akibat sakit dada adalah mengenali simptom ketika berlakunya serangan jantung. Perasaan cemas adalah normal jika kesakitan timbul di tempat yang sebelum ini tidak pernah berasa sakit.
Tetapi jangan terlalu risau atau cemas sehingga memudaratkan lagi keadaan dan menyebabkan rasa sakit itu semakin kuat.
Antara punca sakit dada bukan akibat serangan jantung yang biasa ditemui adalah masalah reflux asid perut yang menyebabkan radang dan bengkak kepada esofagus serta rasa pedih hulu hati.
“Sistem badan manusia telah diatur untuk berfungsi dengan elok, dari atas turun ke bawah, yang mengalir pula dalam satu arah. Jika fungsi sistem badan terganggu sehingga menjadi songsong, itu mungkin tanda hadirnya penyakit tertentu dan rasa sakit itu pula sebagai petanda daripada badan, memaklumkan terdapat kepincangan dalam fungsi sistem berkenaan,” kata Dr. Ahmad Shukri.
Penyakit yang dikenali Reflux Gastroesophageal (GERD) ini merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh reflux asid dari perut yang menghakis struktur salur penghadaman.
Dr. Ahmad Shukri menjelaskan, rasa pedih hulu hati yang berhampiran dengan kedudukan jantung ini mungkin menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai.
“Selalunya reflux berlaku selepas makan terutama bila individu berkenaan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak,” kata beliau.
Beliau menyatakan reflux juga menyebabkan rasa mual, rasa asid (masam) di dalam mulut dan tidak melibatkan simptom seperti serangan jantung (sesak nafas, rasa berdebar) serta tidak dikaitkan dengan aktiviti fizikal.
Tambahnya, reflux juga boleh menyebabkan simptom batuk yang kering pada waktu malam, serangan asma (lelah) disebabkan kekejangan bronkiol atau menyebabkan pesakit bangun mengejut pada waktu malam akibat sakit di bahagian dada.
Rasa pedih hulu hati berbeza dengan sakit jantung kerana melibatkan perasaan seperti terbakar (heart burn) yang berpanjangan. Makanan pedas atau berlemak boleh menyebabkan simptom ini berlaku atau menjadi bertambah teruk.

Tuesday, September 20, 2016

Kenali perut anda

Setiap kali saya mengurut.. majoritinya ramai yang terasa sakit di bahagian tgh atas pusat.. Ini disebabkan faktor pemakanan yang tidak sempurna.. Tidak mengikut jadual pemakanan yg betul.. Diet pemakanan ikut suka.. menyebabkan ramai yg mengalami gastrik atau ulser di perut tanpa mereka sedari.. Maka.. sayanglah perut anda.. kerana punca penyakit datangnya dari perut anda.. semoga beroleh pencahayaan..

Friday, June 17, 2016

Berbekam ketika puasa lebih baik

"BOLEH ke berbekam ketika puasa? Tak batal puasa ke?"

Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa seseorang yang berpuasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit

Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم

“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari

KESIMPULAN

Pendapat yg lebih kuat ialah puasa tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:

أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.

“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”

Hadis sahih Bukhari.

Jom Berbekam!!!

Friday, May 6, 2016

Bekam di kepala TANPA PERLU CUKUR

Selalu sakit kepala? Kepala berdenyut2? Terasa kepala macam kena Ikat? Stress asyik menahan sakit kepala? Migrain teruk?

Cubalah berbekam di kepala.. InshaAllah akan dapat kelegaannya.. kepala ringan.. Lebih Fokus untuk selesaikan tugasan..

Risau kena cukur???

Jangan Risau.. Anda masih boleh kelihatan tampan bergaya utk brader2.. cantik dan ayu kakak2..

Kami ada alternatif lain untuk berbekam di kepala tanpa perlu bercukur.. Nak tau mcm mana?

Call / Whatsapp kami di talian
SYAFIQ 012-2294457 
IZZATI  017-6161218 
untuk menempah slot berbekam anda

Apa tunggu lagi?? Call sekarang..

Berbekamkan Sunnah... JOM!!

Thursday, May 5, 2016

SESSI PERKONGSIAN ILMU

3 MEI 2016  |  25 REJAB 1437H

Menerima Kunjungan pelajar2 Farmasi dari Uitm Puncak Alam yang bertujuan untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut dan komprehensif berkenaan perubatan gaya Rasulullah iaitu Bekam.

Dengan ilmu yang dipinjamkan Allah SWT saya berkongsi ilmu yang saya ada bersama mereka melalui pengalaman saya yang baru berusia 4 tahun dalam arena Bekam dan Urutan ini.

Harapan saya semoga ia dapat menarik minat mereka sekaligus ingin mempelajari ilmu bekam ini untuk dijadikan salah satu alternatif sebagai perubatan bagi mendapatkan badan yang lebih sihat dan cergas. INSHAALLAH

Wednesday, May 4, 2016

KAIFIYAT BEKAM DAN BEKAM DAN BULAN REJAB

KAIFIYAT BEKAM DAN BULAN REJAB

Jom kita ambil kesempatan di dalam bulan Rejab ini sebagai bulan yang barakah , kerana dibulan inilah baginda SAW di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT, seterusnya menerima jemputan Allah untuk bertemuNya di Sidratul Muntaha. Kemudian baginda di anugerahkan kewajipan solat sebanyak 5 waktu.

Didalam perjalan mikraj baginda SAW tidak bertemu dengan para malaikat di langit melainkan para malaikat Allah itu mewasiatkan kepada baginda supaya menyuruh ummatnya melakukan berbekam.

2 hadiah besar daripada israk dan mikraj ini iaitu SOLAT dan BEKAM adalah anugerah Ilahi buat baginda dan umatnya. Atas dasar kasih sayang Allah buat makhluknya , Allah tidak akan membiarkan umat Nabi SAW di timpa penyakit melainkan telah ditunjukkan kaedah perubatan. Bekam adalah hidayah daripada Nabi SAW , walaupun telah sejak sekian lama di amalkan dalam masyarakat Arab, namun penegasan dan rekomendasi dari malaikat Allah adalah suatu anugerah Allah kepada kita.

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., dia berkata, “Rasulullah Saw pernah menyampaikan sebuah hadis tentang malam di mana beliau diperjalankan bahwa beliau tidak melewati sejumlah malaikat melainkan mereka semua menyuruh beliau SAW dengan mengatakan, ‘Perintahkanlah umatmu untuk berbekam’.” (Sahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/20), hasan gharib).

Sabda baginda lagi ” Pada malam aku diisrakan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad SAW, suruhlah umatmu melakukan bekam.” (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami’us Shaghir 2/731)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a., Rasulullah Saw bersabda, “Tidaklah aku berjalan melewati segolongan malaikat pada malam aku diisrakan, melainkan mereka semua mengatakan kepadaku: ‘Wahai Muhammad, engkau harus berbekam’.” (Sahih Sunan Ibnu Majah, Syaikh al-Albani (II/259))

Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah Saw bersabda, “Tidaklah aku melewati satu dari langit-langit yang ada melainkan para malaikat mengatakan, ‘Hai Muhammad, perintahkan umatmu untuk berbekam, karena sebaik-baik sarana yang kalian pergunakan untuk berobat adalah bekam, al-kist, dan syuniz semacam tumbuh-tumbuhan’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami, III/388)

Maka, yakinlah kepada kita berkaitnya antara SOLAT dan BEKAM kerana kedua-duanya di anugerahkan Allah dan seruan dari para malaikat Allah didalam perjalan israk dan mikraj baginda SAW.