Tuesday, December 31, 2013

Q & A untuk BEKAM

Q & A
1. Takutla... Bekam ni macam sakit je ?
J - Jangan risau, tak sakit pun plus anda tak perasan pun tusukan jarum telah dilakukan. Ianya kerana, kami menggunakan sejenis alat yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukannya tersangat-sangatlah laju sampaikan anda sendiri tak sedar. Methodnya pula sama dengan Blood test dan ujian kencing manis
2. Bekam darah ni selamat ke? bagaimana dengan jarumnye?
J - InsyaAllah.. Selamat, sebab lancet (jarum) pakai buang yang digunakan hanya dipakai sekali untuk setiap pelanggan.
3. Bilakah watu yang Terbaik untuk berbekam?
J - Waktu mustajab ialah sebelah pagi di mana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tarikhnya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.

4. Siapakah yang dilarang/tidak digalakkan untuk berbekam?
J - Wanita yang sedang mengandung, wanita yang sedang dalam haid(dikhuati kekurangan darah), wanita yang kerap keguguran, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah yang serius dan pengidap penyakit kulit serius.
5. Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya? 
J - Kaedah bekam darah.
6. Saya nak jadikan sebagai amalan kerana ianya Sunnah tapi seelok-eloknya macam mana tu?
J - Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.
7. Ada tak pantang larang sebelum atau selepas berbekam? 
J - Tidak digalakkan untuk makan, mandi dan tidur sebelum/selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 1 jam berikutnya barulah anda boleh makan, mandi dan  tidur.
8. Apakah tips sebelum datang berbekam darah? 
J - Digalakkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam atau pastikan perut kosong sekurang – kurangnya 1 jam sebelum bekam.
InsyaAllah itu sahaja tips dan nasihat yang dapat saya kongsikan bersama, andai ianya terkurang atau tidak tepat. Maafkan di atas kekhilafan yang berlaku..

No comments:

Post a Comment