Wednesday, July 1, 2015

Berbekam Di Bulan Ramadhan Atau Ketika Berpuasa



Berbekam Di Bulan Ramadhan Atau Ketika Berpuasa.

Dalil-dalil berikut menunjukkan dibolehkan berbekam bagi orang yang berpuasa.

1. Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata,
“Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam berbekam dalam keadaan berihram dan berpuasa.” (HR. Bukhari no. 1938)

2. Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu ditanya,
“Apakah kalian tidak menyukai berbekam bagi orang yang berpuasa?” Beliau berkata, “Tidak, kecuali jika boleh menyebabkan lemah.” (HR. Bukhari no. 1940)

3. Menurut jumhur (majoriti ulama) iaitu Imam Abu Hanifah, Malik, Asy Syafi’i, berbekam tidaklah membatalkan puasa. Pendapat ini juga dipilih oleh Ibnu Mas’ud, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas bin Malik, Abu Sa’id Al Khudri dan sebagian ulama salaf.

4. Imam Asy Syafi’i dalam Al Umm mengatakan, “Jika seseorang meninggalkan bekam ketika puasa dalam rangka kehati-hatian, maka itu lebih aku sukai. Namun jika ia tetap melakukan bekam, aku tidak menganggap puasanya batal.”

5. Hadits lain yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al Khudri. Beliau radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi keringanan (rukhsoh) bagi orang yang berpuasa untuk mencium isterinya dan berbekam.” (HR. Ad Daruquthni, An Nasa’i dalam Al Kubro, dan Ibnu Khuzaimah)

Kesimpulan:
Dari penjelasan di atas bahawa berbekam di bulan Ramandhan (ketika berpuasa) tidaklah membatalkan puasa.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215).

Akan tetapi, bekam dimakruhkan bagi orang yang menjadi lemah karana berbekam.

Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukhari, 3/43)

Sumber: Dari Hadith dan laman-laman bekam

No comments:

Post a Comment