Tuesday, September 20, 2016

Kenali perut anda

Setiap kali saya mengurut.. majoritinya ramai yang terasa sakit di bahagian tgh atas pusat.. Ini disebabkan faktor pemakanan yang tidak sempurna.. Tidak mengikut jadual pemakanan yg betul.. Diet pemakanan ikut suka.. menyebabkan ramai yg mengalami gastrik atau ulser di perut tanpa mereka sedari.. Maka.. sayanglah perut anda.. kerana punca penyakit datangnya dari perut anda.. semoga beroleh pencahayaan..

Friday, June 17, 2016

Berbekam ketika puasa lebih baik

"BOLEH ke berbekam ketika puasa? Tak batal puasa ke?"

Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa seseorang yang berpuasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit

Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم

“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari

KESIMPULAN

Pendapat yg lebih kuat ialah puasa tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:

أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.

“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”

Hadis sahih Bukhari.

Jom Berbekam!!!

Friday, May 6, 2016

Bekam di kepala TANPA PERLU CUKUR

Selalu sakit kepala? Kepala berdenyut2? Terasa kepala macam kena Ikat? Stress asyik menahan sakit kepala? Migrain teruk?

Cubalah berbekam di kepala.. InshaAllah akan dapat kelegaannya.. kepala ringan.. Lebih Fokus untuk selesaikan tugasan..

Risau kena cukur???

Jangan Risau.. Anda masih boleh kelihatan tampan bergaya utk brader2.. cantik dan ayu kakak2..

Kami ada alternatif lain untuk berbekam di kepala tanpa perlu bercukur.. Nak tau mcm mana?

Call / Whatsapp kami di talian
SYAFIQ 012-2294457 
IZZATI  017-6161218 
untuk menempah slot berbekam anda

Apa tunggu lagi?? Call sekarang..

Berbekamkan Sunnah... JOM!!

Thursday, May 5, 2016

SESSI PERKONGSIAN ILMU

3 MEI 2016  |  25 REJAB 1437H

Menerima Kunjungan pelajar2 Farmasi dari Uitm Puncak Alam yang bertujuan untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut dan komprehensif berkenaan perubatan gaya Rasulullah iaitu Bekam.

Dengan ilmu yang dipinjamkan Allah SWT saya berkongsi ilmu yang saya ada bersama mereka melalui pengalaman saya yang baru berusia 4 tahun dalam arena Bekam dan Urutan ini.

Harapan saya semoga ia dapat menarik minat mereka sekaligus ingin mempelajari ilmu bekam ini untuk dijadikan salah satu alternatif sebagai perubatan bagi mendapatkan badan yang lebih sihat dan cergas. INSHAALLAH

Wednesday, May 4, 2016

KAIFIYAT BEKAM DAN BEKAM DAN BULAN REJAB

KAIFIYAT BEKAM DAN BULAN REJAB

Jom kita ambil kesempatan di dalam bulan Rejab ini sebagai bulan yang barakah , kerana dibulan inilah baginda SAW di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT, seterusnya menerima jemputan Allah untuk bertemuNya di Sidratul Muntaha. Kemudian baginda di anugerahkan kewajipan solat sebanyak 5 waktu.

Didalam perjalan mikraj baginda SAW tidak bertemu dengan para malaikat di langit melainkan para malaikat Allah itu mewasiatkan kepada baginda supaya menyuruh ummatnya melakukan berbekam.

2 hadiah besar daripada israk dan mikraj ini iaitu SOLAT dan BEKAM adalah anugerah Ilahi buat baginda dan umatnya. Atas dasar kasih sayang Allah buat makhluknya , Allah tidak akan membiarkan umat Nabi SAW di timpa penyakit melainkan telah ditunjukkan kaedah perubatan. Bekam adalah hidayah daripada Nabi SAW , walaupun telah sejak sekian lama di amalkan dalam masyarakat Arab, namun penegasan dan rekomendasi dari malaikat Allah adalah suatu anugerah Allah kepada kita.

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., dia berkata, “Rasulullah Saw pernah menyampaikan sebuah hadis tentang malam di mana beliau diperjalankan bahwa beliau tidak melewati sejumlah malaikat melainkan mereka semua menyuruh beliau SAW dengan mengatakan, ‘Perintahkanlah umatmu untuk berbekam’.” (Sahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/20), hasan gharib).

Sabda baginda lagi ” Pada malam aku diisrakan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad SAW, suruhlah umatmu melakukan bekam.” (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami’us Shaghir 2/731)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a., Rasulullah Saw bersabda, “Tidaklah aku berjalan melewati segolongan malaikat pada malam aku diisrakan, melainkan mereka semua mengatakan kepadaku: ‘Wahai Muhammad, engkau harus berbekam’.” (Sahih Sunan Ibnu Majah, Syaikh al-Albani (II/259))

Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah Saw bersabda, “Tidaklah aku melewati satu dari langit-langit yang ada melainkan para malaikat mengatakan, ‘Hai Muhammad, perintahkan umatmu untuk berbekam, karena sebaik-baik sarana yang kalian pergunakan untuk berobat adalah bekam, al-kist, dan syuniz semacam tumbuh-tumbuhan’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami, III/388)

Maka, yakinlah kepada kita berkaitnya antara SOLAT dan BEKAM kerana kedua-duanya di anugerahkan Allah dan seruan dari para malaikat Allah didalam perjalan israk dan mikraj baginda SAW.

Saturday, April 23, 2016

Pakej Yang Kami Tawarkan

PAKEJ YANG KAMI TAWARKAN

Pakej2 yang kami tawarkan seperti:-

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
LELAKI

RM7/ Cup

RM5/Cup (setiap penambahan pd pakej)

RM10/Cup ( Dikepala tanpa cukur)

Bekam 12 Poin :- RM50 (Hanya di pusat rawatan)

Bekam 17 poin :- RM70

Bekam Overhaul 25 Poin :- RM100

Urutan Seluruh Badan (1 Jam 15 minit) :- RM70

Urutan + Bekam 17 Poin :- RM120

Urutan + Bekam 25 Poin :- RM150

🌟⭐🌟⭐🌟⭐🌟⭐🌟⭐
*Bekam di KEPALA tanpa perlu dicukurkan/dibotakkan termasuk dalam setiap pakej
🌟⭐🌟⭐🌟⭐🌟⭐🌟⭐

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
WANITA

RM7/ Cup

RM5/Cup (setiap penambahan pd pakej)

RM10/Cup( Dikepala tanpa cukur)

Bekam 12 poin :- RM50 (Hanya di Pusat Rawatan)

Bekam 17 poin :- RM70

Bekam Overhaul 25 poin :- RM100

Urutan + Ginger Treatment :- RM80

Urutan Seluruh Badan (1 Jam 15 minit) :- RM70

Urutan + Bekam 17 Poin :- RM120

Urutan + Bekam 25 Poin :- RM150

*Akupuntur (slimming) :- RM50/sesi

*Akupuntur (facial) :- RM50/sesi

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
*Bekam di KEPALA tanpa perlu dicukurkan/dibotakkan termasuk dalam setiap pakej
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Anda boleh terus datang ke tempat kami di :-

🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠
Lokasi Pusat Rawatan:-

Lot 1188D, Lorong 6,
Kampung Merbau Sempak,
Sungai Buloh, Selangor

🚗🚗🚗🚗🚗🚗🚗🚗🚗
*Caj Pengangkutan akan dikenakan berdasarkan kiraan mileage RM0.50/km

MIN RM10 - MAX RM50

🕛🕧🕐🕜🕑🕝🕒🕞🕓🕓
Untuk membuat sebarang appointment sila hubungi:-

SYAFIQ 012-2294457
IZZATI  017-6161218

BERBEKAMKAN  SUNNAH.. JOM!!

MENGAPA BERBEKAM PADA SETIAP BULAN

Assalamualaikum wbt
MENGAPA BEKAM SETIAP BULAN?
Menurut Ibnu Sina di dalam Qanun Fi Tibb, berbekam di awal bulan (Qamariah) dan di akhirnya adalah tidak bagus. Manakala berbekam pada pertengahan bulan adalah terbaik.
Istilah Melayu yang diguna pakai adalah ketika 'bulan naik'. Apa rasionalnya berbekam ketika bulan naik ini? Menurut ahli sains, fenomena pasang surut air dan seumpamanya adalah dipengaruhi oleh graviti bulan.
Ketika bulan penuh (dikira pertengahan bulan) graviti bulan adalah maksimum dan banyak mempengaruhi tabiat alami termasuk darah manusia. Pada ketika ini dikatakan zat buruk badan menghampiri permukaan kulit yang paling atas.
Sesetengah pendapat mengatakan darah bergelojak dengan lebih aktif pada ketika ini dan berbekam amat bermanafaat bagi pengeluaran yang maksimum. Inilah sebabnya mengapa Rasulullah s.a.w sering berbekam pada tarikh-tarikh pertengahan bulan terutamanya pada 17, 19 dan 21 haribulan.
Peredaran bulan adalah satu fenomena alam yang akan kekal berterusan sehingga saat akhir dunia ini. Maka tarikh-tarikh terbaik untuk berbekam akan sentiasa ada setiap bulan.
"BERBEKAMKAN SUNNAH.. JOM!!

Saturday, March 19, 2016

Keberkesanan Bekam

Assalamualaikum wbt

11 Jamadilakhir 1437H

Dari Anas bin Malik r.a,(ditanya) mengenai Hijamah, beliau berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah ber-bekam/hijamah dan memrintahkan keluarga beliau dan Rasulullah bersabda: Sebaik-baik pengobatan yang kalian lakukan adalah dengan Hijamah.Hadit dari Ibnu Abi Umar juga menyebutkan demikian(Shahih Muslim 1577)

---------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.. setakat ini.. kami dari Bekam Rumah ke Rumah telah mendapat banyak feedbacks yang positif berkenaan keberkesanan berbekam ini.. Ialah Ianya Sunnah dan sekaligus sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan bagi penyakit2 yang dihidapi.. Tetapi kami tidak meletak 100% Penyembuhan di atas terapi bekam ini kerana setiap yang berlaku di atas redhaNya..

Segala musibah itu jika kita sifatkan sebagai satu penyakit janganlah kita merasa runsing, Tuhan telah berjanji tiap-tiap penyakit ada ubat dan penawarnya. Tuhan tidak hanya menurunkan penyakit tetapi Dia (Tuhan) juga menurunkan ubatnya. Tiada penyakit yang tidak boleh diubati, melainkan mati.

Seharusnya kita sebagai hambaNya perlu berusaha bagi mendapatkan sesuatu kesembuhan... Usaha, Sabar dan Tawakkal itulah Kuncinya..

Firman Allah, (mahfumnya) "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar" -(surah Al-Baqarah ayat 155)

Sedikit coretan untuk perkongsian bersama

-----------------------------------------------------------------------------------
Kami ada menyediakan khidmat rawatan bekam kepada sahabat2 di sekitar #Sungaibuloh #Shahalam #KotaDamansara

Hubungi kami melalui whatsapp/sms/call
SYAFIQ - 0122294457
IZZATI  - 0176161218

untuk membuat temujanji

Berbekam kan Sunnah.... JOM!!