Saturday, March 19, 2016

Keberkesanan Bekam

Assalamualaikum wbt

11 Jamadilakhir 1437H

Dari Anas bin Malik r.a,(ditanya) mengenai Hijamah, beliau berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah ber-bekam/hijamah dan memrintahkan keluarga beliau dan Rasulullah bersabda: Sebaik-baik pengobatan yang kalian lakukan adalah dengan Hijamah.Hadit dari Ibnu Abi Umar juga menyebutkan demikian(Shahih Muslim 1577)

---------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.. setakat ini.. kami dari Bekam Rumah ke Rumah telah mendapat banyak feedbacks yang positif berkenaan keberkesanan berbekam ini.. Ialah Ianya Sunnah dan sekaligus sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan bagi penyakit2 yang dihidapi.. Tetapi kami tidak meletak 100% Penyembuhan di atas terapi bekam ini kerana setiap yang berlaku di atas redhaNya..

Segala musibah itu jika kita sifatkan sebagai satu penyakit janganlah kita merasa runsing, Tuhan telah berjanji tiap-tiap penyakit ada ubat dan penawarnya. Tuhan tidak hanya menurunkan penyakit tetapi Dia (Tuhan) juga menurunkan ubatnya. Tiada penyakit yang tidak boleh diubati, melainkan mati.

Seharusnya kita sebagai hambaNya perlu berusaha bagi mendapatkan sesuatu kesembuhan... Usaha, Sabar dan Tawakkal itulah Kuncinya..

Firman Allah, (mahfumnya) "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar" -(surah Al-Baqarah ayat 155)

Sedikit coretan untuk perkongsian bersama

-----------------------------------------------------------------------------------
Kami ada menyediakan khidmat rawatan bekam kepada sahabat2 di sekitar #Sungaibuloh #Shahalam #KotaDamansara

Hubungi kami melalui whatsapp/sms/call
SYAFIQ - 0122294457
IZZATI  - 0176161218

untuk membuat temujanji

Berbekam kan Sunnah.... JOM!!

Wednesday, March 16, 2016

Terapi Yumeiho: Kaedah Rawatan Yang POWERFUL!!


Terapi Yumeiho adalah suatu kaedah rawatan unik yang menakjubkan untuk memperbetulkan posisi tulang struktur badan dan mengendurkan otot-otot secara radikal dalam membantu menyembuhkan pelbagai penyakit.  Jenis terapi ini diperlihatkan sebagai terapi pergerakan fizikal seperti regangan, penarikan, tekanan fizikal dengan menjadikan tulang pinggul sebagai pusatnya supaya sendi-sendi dipulihkan dan mengimbangi kedudukan struktur badan. Apabila  struktur tubuh badan dapat diseimbangkan, pesakit akan mempunyai kekuatan dalaman untuk melawan setiap penyakit.

Sebenarnya, tidak ramai yang mempunyai tulang pinggul yang sempurna. Namun ramai yang tidak menyedari hakikat tersebut. Posisi tulang pinggul yang tidak seimbang akan menyebabkan tulang belakang menekan saraf-saraf dan menyebabkan gangguan fungsi otot, sendi-sendi dan seluruh organ-organ tubuh badan yang lain. Akhirnya menjadi penyebab utama rasa sakit pada kepala, belakang badan, pelbagai masalah disc/tulang belakang, pinggul, kaki, bahu dan masalah organ dalaman tubuh badan.

Hasil daripada terapi tersebut, pesakit akan mendapat pelbagai manfaat diantaranya ialah;
✔Memperbetulkan struktur tulang dan tubuh badan untuk lebih seimbang dan seterusnya gerakan badan akan berasa selesa.
✔Meningkatkan system kekebalan tubuh badan dan memperkuat organ-organ dalaman.
✔Memberikan kesegaran dan rasa kepenatan tubuh badan.
✔Melancarkan peredaran darah
✔Menyembuh dan Mencegah penyakit-penyakit kronik melalui penjanaan kemampuan tubuh badan untuk penyembuhan terhadap diri sendiri.
✔Memperbaiki fungsi organ-organ seks

InsyaAllah setiap penyembuhan ada jika kita berusaha untuk mencarinya..
-------------------------------------------------------------------------
Call/Whatsapp 0122294457  untuk membuat appointment 

#bekammuslimat  #bekammuslimin  #SHAHALAM  #KOTADAMANASARA  #Yumeiho  #SUNGAIBULOH  #DENAIALAM # INSHAALLAH

Tuesday, March 1, 2016

KENALI HIPERTENSI/DARAH TINGGI

Assalamualaikum wbt
22 Jamadilawal
Sekadar perkongsian
JOM Kenali Hipertensi/Tekanan Darah Tinggi
Prahipertensi :-
↕Systolic 120-139
↕Diastolic 80-89
Mild Hipertensi :-
↕Systolic 140-159
↕Diastolic 90-99
Hipertensi peringkat tinggi :-
↕Systolic 140-159
↕Diastolic 90-99
Anda di tahap mana?
Gejala pada penderita hipertensi.
✔ Sakit Kepala
✔ Sering gelisah
✔ Sukar tidur
✔ Moody
✔ Belakang tengkuk teras tegang/keras
Penyebab?
❎ Keturunan
❎ Faktor usia
❎ Obesiti
❎ Garam berlebihan
❎ Kolestrol Tinggi
❎ Stress
❎ Rokok
❎ Kafein
❎ Alkohol
❎ Kurang Bersenam
Cara Penyembuhan:-
 Bersenam seperti Joging selama 30 minit sehari sebanyak 3 kali seminggu
 Latihan Pernafasan seperti bermeditasi
 Pengambilan makanan berpotasium seperti buah dan sayur. Selain itu Kentang, Tomato, Jus Oren, Pisang, kekacang dan juga kismis
 Elak pengambilan garam
Pengambilan Dark Chocolate
 Berhenti merokok
 Kendali kadar KOLESTROL
Jangan lupa Ibadah kita kepada Allah, Pemakan Sunnah dan juga BERBEKAM...
InshaAllah tiada penyakit yang tidak dapat diubati selain Mati..
Harap beroleh sedikit ilmu dan manfaat kepada anda..
Jazakallahu Khairan